KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN 2017


Haaa. assalamualaikum. Sape dapat KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN aka KMKt. Meh, akak ni batch ke-2. So , pelajar yang akan mendaftarkan diri ke KMKt nanti untuk tahun ni adalah batch yang ke-4. Tahniah kepada yang dapat KMKt. Waktu akak belajar kat sana , kerusi kuliah masih baru. Siap dengan plastic lagi. Haritu dah jadi fasilitator waktu kemasukan pelajar batch ke-3 tapi sekarang ni waktu pemgurusan miggu pelajar baru ni bertindih dengan jadual final exam kat unimap ni. So , tak boleh jugak nak apply jadi fasilitator.

Waktu program fasilitator pelajar baru ke KMKt


Soalan kegemaran :

1) Orang cakap masuk matrik susah , nanti tak boleh nak adapt dengan suasana pelajar2 top
   Meh nak cakap, tak semua yang masuk matrik ni jenis yang memang nak belajar. Semua benda kita yang uruskan. Cuma akak nasihat , jangan main2 waktu duk matrik sebab pembelajaran dia laju sikit. kalau tak faham Tanya je lecturer tu, takyah malu-malu. Satu kelas dalam anggaran 7-12 orang camtu je. Takyah nak malu sangat ok , kita dah jadi student matrik dah.

2) Buku-buku nak amik kat mana eh? Kat kedai ade jual ke?
   Erm, kalau pasal buku ni sebenarnya ade je buku senior yang disimpan dalam stor-stor buku. Murah je inshaAllah. rm1-10 hehee. Buku ni boleh diambil di stor buku tingkat bawah di setiap blok (waktu akak dulu la)

3) Macamana dengan pemilihan modul?
  MODUL1 - Math , Kimia , Biologi , Fizik
  MODUL2 - Math , Kimia , Fizik , Sains Komputer
  MODUL3 - Math , Kimia , Biologi , Sains Komputer
  AKAUN  - Subjek yang berkaitan akaun

Pening ah nak pilih modul ni ?
yang ni pun selalu terjadi, takyah pening2 duk fikir. Sebenarnya , asalkan result korang bagus inshaAllah dah boleh jadi doctor dah. Modul 1 bidang dia meluas, nak jadi apapun boleh. Modul2 lebih kepada bidang kejuruteraan dan seangkatan dengannya dan Modul 3 lebih kepada bidang berkaitan doctor dan sains kesihatan. Aku dari modul 3 pun last-last dapat tawaran berkaitan dengan kejuruteraan. Macam out of course haha. So , amik lah dapat modul apapun. Janji result gempak!! InshaALLAH korang boleh

4) Kalau result tak okay , akan dikick ke?
 ofkos la.. Haha kejam tak? Tak lah maksudnya kalau result sem 1 korang dapat bawah pointer 2.0, korang akan dihantar ke kolej matrikulasi lain untuk meneruskan program pengajian dari pst (PROGRAM SATU TAHUN) ke pdt (PROGRAM DUA TAHUN). Jadi , kalau tak nak extent tahun tu , belajar la leklok. Matrik Kelantan ni takde program pdt , sebab tu dia hantar kolej lain.

Jadi , apapun keputusan korang? Fikir baik-baik. Ini masa depan kita. Apa yang kita buat sekarang menetukan kita pada hari esok. Kalau ada apa2 yang nak ditanya , korang dm je dekat FB or INSTAGRAM. InshaALLAH akak tolong, (sapa yang dapat kmkt lah ye) hehe assalamualaikum.....

Anything to ask about kmkt , boleh Whatsapp ye :

011-2852 7362

or tinggalkan komen di bawah.




Post a Comment

22 Comments

hai..nak mintak gambaq kmkt tu bole dak?
Lllll said…
Hai...nak tanya kmkt ad pdt x???
Auni said…
Kmkt xde pdt . sebab tu sume yang dapat tawaran ke KmKT adalah program satu tahun (pst)
Unknown said…
Tp sy dpt je pdt kt KMKt . Untk thn 2018 ni . Dh ubah kot . Kwn2 sy ramai yg dpt pdt .
aunieyy said…
oh yeke? mungkin baru buat kot. waktu akak dulu sapa2 yg kena meneruskan pengajian ke pdt kena dihantar ke kolej matrikulasi lain untuk meneruskan pengajian. btw tq for the info :)
Sophe said…
hi sis,dalam 5 hari lagi sy akan ke kmkt..nk tnya,pelajar perempuan islam boleh tk pakai jubah ke kelas? sbb sy mmg langsung tk minat baju kurung
Auni said…
bolehh je xde masalah as long as you menutup aurat :)
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Hi sis. Nak tanya dokumen like ic and surat beranak tu kena disahkan ke?
Auni said…
ye awak. mana2 institusi pengajian, salinan semua tu memang kena disahkan and kalau nak masuk matrik ni better amik pengesahan tu daripada pengetua sekolah awak :)
aaisyahhmn said…
Assalamualaikum sis, saya batch spm2018, boleh saya tahu tak sis letak matriks kelantan ni nombor berapa ya semasa permohonan😁? And ada tak kawan-kawan sis yang masuk modul 3 dapat sambung buat medic? Thanks in advance!
Unknown said…
Assalamualaikum sis, klau masa spm xambik sains komputer ..tpi kt matrikulasi dpt modul 2 / 3 blh ke ?
Unknown said…
Assalamualaikum sis, klau masa spm xambik sains komputer ..tpi kt matrikulasi dpt modul 2 / 3 blh ke ?
aunieyy said…
saya tak letak pun hahahahah, tgok2 dpt. Bgus la jgk. Dekat ngn rumah. Jimat kos. Ya ad jgk kwn akak sorg tu dpt medic kt uni mana ntah lupa. Tapi result dia wajib gempakkk laa hee 4.0
aunieyy said…
no prob. kt matrik belajar basic scomp. InshaAllah boleh bwk 👍
aaisyahhmn said…
Ohh ok, thank you, 1 more question boleh😂 sekarang ni saya student di kmph, dapat modul 1, kalau ada rezeki saya nak buat medic. Sis rasa ok x kalau saya mohon tukar modul 3, sbb saya agak lemah subjek fizik, but still can follow sikit2 la 😂
aunieyy said…
depend pada kesungguhan awk. Usaha tu penting. Xsalah nk cuba tukar modul. Tapi kalau nk tukar modul tu amik masa, awk kena belajar 1 @ 2 weeks dulu baru dpt tukar. And ad yg tukar modul, lps n xlepas. Hee
Unknown said…
Assalamualaikum sis,nak tanya:
1-Modul Tu dia akan tetapkan untuk Kita ke atau Kita yg pilih sendiri?
2-Lps matrikulasi and nak sambung degree,kena score brp pointer untuk dpt farmasi?
aunieyy said…
Hi unknown, dia dah tetapkan dah tapi boleh apply untuk tukar. Farmasi hmm dgr2 cter 3.9 and above heee. InshaAllah goodluck ya.
Unknown said…
last comment macam 1 julai kan , hope acc ni madi aktiff .. saya ada soalan sikit .. between modul 1 and modul 3 , which one lagi besar peluang nak smbung degree medic ??
aunieyy said…
dua2 module ada peluang inshaAllah janji pointer awak kena betul2 gempakkk ni. Module 1 kot tapi saya pn xsure yg mana diberi keutamaan sbb kawan sy dr module 3 ada je yg smbung jurusan medic.