Saturday, 29 April 2017

How I Survived KMKt (Kolej Matrikulasi Kelantan) Tanpa Jadi Zombie


Haaa Hellooo & Salam Semua!

Siapa yang baru dapat Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) tu, congrats & welcome onboard πŸŽ‰

Aku batch ke-2 tau (lama dah weh 😭 hahaha). So korang ni officially batch ke-4 and now update 2025 (aku taktahu dah batch keberapa). Bangga la sikit, freshies KMKt!

Masa aku kat sana dulu — kerusi kuliah baru gila, siap berbalut plastik lagi πŸ’Ί✨ Legit rasa macam first customer. Pernah jadi fasilitator untuk batch ke-3, tapi tahun ni clash pulak dengan final exam kat UniMAP. So tak sempat join vibe pengurusan minggu orientasi πŸ₯²

And yes... dulu masa mula KMKt, aku struggle jugak — assignment la, quiz la, tak cukup tidur 😡‍πŸ’«
But real talk, KMKt bagi aku antara kenangan paling best. From stress ke gelak tak ingat dunia, semuanya jadi part of the journey πŸ’–

Waktu program fasilitator pelajar baru ke KMKt

Soalan kegemaran :
1) Orang cakap masuk matrik susah , nanti tak boleh nak adapt dengan suasana pelajar2 top
Jujur nak cakap, bukan semua yang masuk matrik tu betul-betul niat nak belajar pun. Kat sini, semua benda kau kena handle sendiri. Tapi trust me, jangan main-main masa kat matrik – belajar dia laju weh! Kalau blur ke tak faham, tanya je lecturer terus, jangan segan. Kelas pun kecik je, dalam 7-12 orang. So takyah nak malu sangat, kau sekarang student matrik, own it!

2) Buku-buku nak amik kat mana eh? Kat kedai ade jual ke?
Kalau bab buku tu, jangan risau sangat. Ada je buku-buku tinggalan senior kat stor bawah blok – time aku dulu la. Harga pun ngam gila, dalam RM1–RM10 je, jimat weh! So sebelum beli baru, try usha stor buku dulu yaaa πŸ˜„πŸ“š

3) Macamana dengan pemilihan modul?
  MODUL1 - Math , Kimia , Biologi , Fizik
  MODUL2 - Math , Kimia , Fizik , Sains Komputer
  MODUL3 - Math , Kimia , Biologi , Sains Komputer
  AKAUN  - Subjek yang berkaitan akaun

Update baru 2025, kena google kt website matrik, maybe dah berubah..

Pening ah nak pilih modul ni ?

Yang ni pun selalu jadi, so tak payah stress fikir banyak sangat. Yang penting, kalau result korang padu, inshaAllah boleh je jadi doktor hehe.

Modul 1 ni general, luas gila — boleh pergi mana-mana bidang.
Modul 2 more to engineering dan geng-geng dia.
Modul 3 pula more kepada medic & sains kesihatan.

Tapi aku sendiri dari Modul 3, last-last dapat offer course kejuruteraan jugak. Memang plot twist haha.
So moral of the story — tak kisah dapat modul apa pun, janji result power!
InshaAllah rezeki tu tetap ada πŸ™Œ✨


4) Kalau result tak okay , akan dikick ke?

Of course la... haha kejam ke? πŸ˜…
Bukan kejam pun, tapi kalau result sem 1 korang bawah 2.0 pointer, korang akan ‘transfer’ ke kolej matrik lain. Dari program setahun (PST) terus tukar ke program dua tahun (PDT).

Matrik Kelantan (KMKt) takde PDT, so sebab tu la kena pindah tempat lain kalau kena.

Update 2025, ramai cakap KmKt dan ada PDT ya? Tak pasti pergi check kat website matrik.

So guys, kalau taknak extend setahun lagi, belajar elok-elok okay? Jangan main-main sangat 😬✍️
Keputusan yang korang buat sekarang, memang bagi impak besar untuk masa depan.
Think smart, plan smart 🧠✨

Kalau ada apa-apa nak tanya, jangan malu-malu, DM je kat LinkedIn okay?
InshaAllah akak bantu mana yang boleh (untuk yang bakal jadi warga KMKt la hehe) πŸ˜„
Assalamualaikum & good luck!


Anything to ask about kmkt , boleh DM kt LinkedIn ye :
 

or tinggalkan komen di bawah.


23 comments:

  1. hai..nak mintak gambaq kmkt tu bole dak?

    ReplyDelete
  2. Hai...nak tanya kmkt ad pdt x???

    ReplyDelete
  3. Kmkt xde pdt . sebab tu sume yang dapat tawaran ke KmKT adalah program satu tahun (pst)

    ReplyDelete
  4. Tp sy dpt je pdt kt KMKt . Untk thn 2018 ni . Dh ubah kot . Kwn2 sy ramai yg dpt pdt .

    ReplyDelete
  5. oh yeke? mungkin baru buat kot. waktu akak dulu sapa2 yg kena meneruskan pengajian ke pdt kena dihantar ke kolej matrikulasi lain untuk meneruskan pengajian. btw tq for the info :)

    ReplyDelete
  6. hi sis,dalam 5 hari lagi sy akan ke kmkt..nk tnya,pelajar perempuan islam boleh tk pakai jubah ke kelas? sbb sy mmg langsung tk minat baju kurung

    ReplyDelete
  7. bolehh je xde masalah as long as you menutup aurat :)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Hi sis. Nak tanya dokumen like ic and surat beranak tu kena disahkan ke?

    ReplyDelete
  10. ye awak. mana2 institusi pengajian, salinan semua tu memang kena disahkan and kalau nak masuk matrik ni better amik pengesahan tu daripada pengetua sekolah awak :)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum sis, saya batch spm2018, boleh saya tahu tak sis letak matriks kelantan ni nombor berapa ya semasa permohonan😁? And ada tak kawan-kawan sis yang masuk modul 3 dapat sambung buat medic? Thanks in advance!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak letak pun hahahahah, tgok2 dpt. Bgus la jgk. Dekat ngn rumah. Jimat kos. Ya ad jgk kwn akak sorg tu dpt medic kt uni mana ntah lupa. Tapi result dia wajib gempakkk laa hee 4.0

      Delete
    2. Ohh ok, thank you, 1 more question bolehπŸ˜‚ sekarang ni saya student di kmph, dapat modul 1, kalau ada rezeki saya nak buat medic. Sis rasa ok x kalau saya mohon tukar modul 3, sbb saya agak lemah subjek fizik, but still can follow sikit2 la πŸ˜‚

      Delete
    3. depend pada kesungguhan awk. Usaha tu penting. Xsalah nk cuba tukar modul. Tapi kalau nk tukar modul tu amik masa, awk kena belajar 1 @ 2 weeks dulu baru dpt tukar. And ad yg tukar modul, lps n xlepas. Hee

      Delete
  12. Assalamualaikum sis, klau masa spm xambik sains komputer ..tpi kt matrikulasi dpt modul 2 / 3 blh ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. no prob. kt matrik belajar basic scomp. InshaAllah boleh bwk πŸ‘

      Delete
  13. Assalamualaikum sis, klau masa spm xambik sains komputer ..tpi kt matrikulasi dpt modul 2 / 3 blh ke ?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum sis,nak tanya:
    1-Modul Tu dia akan tetapkan untuk Kita ke atau Kita yg pilih sendiri?
    2-Lps matrikulasi and nak sambung degree,kena score brp pointer untuk dpt farmasi?

    ReplyDelete
  15. Hi unknown, dia dah tetapkan dah tapi boleh apply untuk tukar. Farmasi hmm dgr2 cter 3.9 and above heee. InshaAllah goodluck ya.

    ReplyDelete
  16. last comment macam 1 julai kan , hope acc ni madi aktiff .. saya ada soalan sikit .. between modul 1 and modul 3 , which one lagi besar peluang nak smbung degree medic ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua2 module ada peluang inshaAllah janji pointer awak kena betul2 gempakkk ni. Module 1 kot tapi saya pn xsure yg mana diberi keutamaan sbb kawan sy dr module 3 ada je yg smbung jurusan medic.

      Delete