Siapa sini kidal?

Hai , assalamualaikum. Hehe memang tak ada keje sekarang. Esok lab test , esok quiz. Hmm malas lah nak bukak buku weh! Takpe la , dah lama tak menaip ni hahah terasa kekok jari-jemari. 


Ok , straight to the point hari ni nak citer pasal orang kidal cikit meh haha. Angkat kaki sape kidal kat sini :) Aku salah seorang yang kidal. Kidal ni orang yang guna tangan kiri untuk buat semua kerja ya except makan! Kalau korang ni jenis yang tulis tangan kiri tapi buat kerja tangan kanan tak dikategorikan sebagai kidal ya? hehe mohon jeles. Sebenarnya , sangatlah dituntut untuk mendahulukan tangan kanan dalam apa-apa kerja(yang baik) dalam islam tapi untuk orang kidal macam aku ni susah sikit nak tukar dr kidal ke right-handed hm. Sedih jugak sebab mostly semua benda buat dengan tangan kiri , tak digalakkan dalam islam.

Orang cakap kidal ni ade kelebihan sikit sebab dia mendominasi otak kanan. Menurut kajian dari google , perlakuan kita sebenarnya mempengaruhi otak kita secara songsang. Kalau kita banyak menggunakan tangan kanan , otak kiri banyak berfungsi dan begitulah sebaliknya. (Bukan ke otak yang pengaruhi perlakuan) Err entahlah , ni hasil kajian dari orang bijak pandai , aku ni apelah sangat nak buat kajian cenggitu. Otak kanan ni meliputi kreativiti , logic and apa la lagi. Tapi , aku takde lah 100% dalam kategori itu haha. Ini cuma kajian.

Keburukan pun ada hahaha :( ni sebenarnya aku citer dari segi pengalaman aku lah ye sepanjang duk universiti ni. Antaranya :

1) Meja Kuliah
Ni lah masalah bagi orang kidal , susah tau nak seimbangkan kedudukan waktu nak menulis tu. Paling stres time ade quiz. Ya Allah , betapa kena bertahannya haha, Over gila ayat ~syukur syukur

2) Liquid Paper
Hm , aku ni jenis yang konfident gak bila menulis. No pencil used haha. Bila dah salah mulalah nak mintak correction tape dia tu lah , liquid paper dia ni lah. Pastu bila dah correct perkataan yang salah , kenalah tunggu dalam beberapa minit nak bagi benda alah tu kering dulu. Ya lah , kita kan tulis dari kiri ke kanan. Pepaham lah kidal ni macamana. hm takpe-takpe  ~syukur syukur.


3) White Board
Bila lecturer panggil secara random untuk tulis jawapan kita kat depan , aku dengan pantasnya akan lari dari masalah terbabit haha. Susah wei orang kidal nak tulis kat depan , aku rasa aku ni macam orang cacat je haha sebab pelik bebenor cara menulis aku bila menulis dekat white board :( Hm syukur!~

4) Time nak makan
Kalau nak cam dia kidal tak , tengok tangan mana dia pegang sudu. Orang kidal ni makan kalau guna tangan ofkoslah tangan kanan tapi bila diorang pegang sudu automatik sudu tadi berpindah ke tangan kiri , hahahaa, Tolonglah jangan pelik kalau orang kidal pegang sudu tangan kiri , kesian kaum sejenis kami selalu kena maki.


Haha bukan apa. Saja je nak citer hahaa sebab tadi sorang kawan aku ni tegur "Auni, kenapa nampak susah je kau nak tulis atas meja ni?" Aku be like " Minah ni tahu tak aku ni kidal , aku kena ada keseimbangan sikit weh!" Hahaa.

So , sape kat sini kidal and nak citer pengalaman korang , share-share ler kat bawah ! WE MIGHT BE LEFT HANDED BUT WE ALWAYS RIGHT!

Assalamualaikum.




1 comments