TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KIMIA (PROSES KIMIA INDUSTRI)


Assalamualaikum dan salam sejahtera to all. Dah dapat result upu kan?. Ok ok straight to point. Korang yang datang blog ni mesti sebab nak tahu serba sedikit pasal Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia(Proses Kimia Industri). Bunyi  dia panjang dan complicated kan? Ok korang yang akan meneruskan pengajian dalam jurusan ni kat UniMAP , aku ucapkan tahniah J Aku pelajar tahun 3 dan korang yang masuk ni ofkuslah pelajar tahun 1. Tahniah again, nanti jangan lupa lah tegur-tegur ya sebab aku salah sorang fasi waktu korang masuk nanti hehe J Saja nak amik pengalaman.


Soalan-soalan kegemaran:

1)      Kos ni ramai laki ke?
Yang ni kebiasaannya menjadi tanda tanya untuk para wanita ceehhhh hahaha. Kos ni sama banyak je laki perempuan (kalau batch aku la). Pada pengamatan aku, kos yang paling ramai lelaki adalah kos dalam bidang Elektrik. Haa kos tu kalau 45 orang student , 10 of them are girls sebab laki kan minat elektrik berbanding perempuan. Tapi kos kimia ni dimonopoli oleh perempuan jadi jangan risau ye.

2)      Susah tak kos ni?
Berkaitan kimia keseluruhannya dan subjek paling susah bagi aku nanti korang first year kan adalah subjek Physical Chemistry. Overall ramai cakap kos ni paling susah dekat fakulti teknologi kejuruteraan (FTK) tapi ada je yang score dekan no worry J

3)      Satu kos berapa orang?
Kalau batch aku 56 orang , batch lain aku tak tahu.

4)      Macamana pembelajarannya?
Haa dah nama Teknologi Kejuruteraan bukan Kejuruteraan, so banyak melibatkan pembelajaran dalam lab dan bengkel berbanding Pure Engineering but trust me, belajar menerusi teknikal berbanding teori lagi best.

5)      Esok esok kerja apa?
Banyak je jangan risau. Aku tengok senior yang praktikal banyak je kompeni, kilang or seangkatannya yang dapat practical di tempat yang berbeza. Antaranya kilang kelapa sawit, kilang buat sabun, kilang activated carbon, pemprosesan rawatan air, gas petroleum and oil dan jenis syarikat yang menggunakan bantuan kimia untuk menghasilkan sesuatu produk. Kebanyakan kilang berkaitan kos ni available kat Penang and untunglah anak Penang huhu.

6)      Cara pemakaian macam mana?
Ada ke pakai baju kurung masuk lab? Hahahaa not allowed eh. But, kalau hari tu korang takde lab dipersilakan la pakai hehe mana tahu korang nak jugak tampil ayu gituh. Tapi biasanya kitorang pakai jaket UniMAP tu je senang. Kasut apa2 pun boleh tapi sport shoes or covered shoes eh kalau masuk lab nanti kena marah malu woi.

7)      Buku nak amik kat mana?
Beli je dekat senior kalau available. Boleh je nak beli kat lecturer tapi bapak mahal oi. Satu buku close up to RM100 huhu. Kalau korang berkemampuan beli je la but aku better beli or pinjam ngan senior hehe. Murah sikit.

8)      Proses Kimia Industri ni pasal apa sebenarnya?
Haa dia sebenarnya melibatkan cara nak hasilkan sesuatu menggunakan kaedah dan bahan kimia, korang kena belajar dulu struktur kimia sesuatu bahan itu, ciri-ciri bahan kimia itu, cara nak hasilkannya menggunakan pelbagai cara, macamana benda tu berlaku and related dengan kehidupan seharian,  dan nanti tahun 3 (belajar dari senior), korang kena design your own PLANT dalam subjek Plant Design for Chemical Engineering and then present that J  

9)      Amik kos ni boleh jadi engineer ke?
Sebab ramai yang musykil dengan term Tech Eng dengan Eng. Aku pun tak sure lah tapi yang aku pasti dekat Malaysia ni Teknologi ke bukan , still orang anggap Engineer J Tapi cuba fikir esok-esok orang nak amik kita kerja nanti , dia nak amik mahasiswa/I yang tahu teori ke tahu handle peralatan (teknikal) ? It is just a random question fikirlah. Cuma korang belajar la betul2 ya sebab dekan tu sign kita berdisiplin waktu belajar dan ramai yang amik kos seperti ini dapat kerja sebagai seorang Engineer, bergantung pada rezeki masing-masing. Jadi, bersyukur sangat-sangat lah dapat kos ini ya.

10)  Kos ni kena stay kat Fakulti mana?
Kos ni juga dikenali dengan nama RY20 dan merupakan salah satu kos di bawah Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK). Korang akan stay dekat Kolej Kediaman Uniciti Alam kat Padang Besar selama 4 tahun dan tak perlu cari rumah sewa kat luar. Bestkan? Hehehe. Teknologi Kejuruteraan Kimia ni ada 3 cabang utama ; 1) Teknologi Makanan 2) Proses Kimia Industri 3) Bioteknologi Industri . 3 kos yang aku bagitahu tu adalah satu kuliah dengan kau nanti then total up equal to 100+ students.

11)  Nak balik macamana?
Haa yang ni untuk yang tak biasa duk jauh la ya. Biasanya mereka yang dari Kelantan dan Terengganu senang sikit sebab ada Pengurusan Bas Untuk Anak-Anak Klate dan Tganu yang amik dari blok terus dan tak payah pergi stesen bas. Yang duk Kedah, Penang dan Perak biasanya diorang menggunakan perkhidmatan komuter. Yang duk Johor, Negeri Sembilan dan KL ada yang naik ETS, flight dan sebagainya. Senangnya up to you lah nak naik apa janji sampai rumah hehe bai.
Ha tu je lah kot nak kongsikan mengenai kos ni. Jangan risau korang boleh. Walaupun kos ni boleh tahan susah but ada je yang score tinggi nak mati. Usaha tu penting J Keep it up u know u better than anyone else. Kalau ada apa-apa kemusykilan boleh dm kat ig or komen kat bawah inshaAllah aku reply secepat mungkin.

Ig : @auniezlkfli
Assalamualaikum #UniMAPmantap #soaringupward


13 comments