Universiti Malaysia Perlis
Assalamualaikum kawan-kawan siber ku sekalian. Seriusly , rindu bebenar dengar korang. Tapi, aku dah register masuk u haahaa setelah lama bersarang di rumahku syurgaku. Aku mendaftarkan diri sebagai salah satu siswazah dekat Universiti Malaysia Perlis atau lebih dikenali sebagai UniMAP. Aku ingat UniMAP ni ade satu je kampus yang besar but ada banyak lagi kat luar. Aku ditempatkan dekat sempadan Thailand maaaa.. Hahaaa. Tapi tak lah dekat sangat weh. Kampus aku diberi nama UNICITI ALAM. But wow double wow, sangat okay uniciti alam ni dengan facilities yang dah sedia ada kat Uniciti. Tak perlu keluar nak cari duit , cari makan. Sebut je nak apa , kau dapat. Meh aku belanja gambar sikit -
Yang ni waktu minggu suai kenal , sebenarnya aku kat depan tu - masuk koir sempena hari kemerdekaan ~~bajet satttt
Meriah betul kan
Ni waktu senamrobik bersama Naib Canselor. Ramah betul beliau :)
Yang ni biasalah aksi welfie beramai-ramai. Yang tak biasanya sebab Naib Canselor bergambar ngan budak-budak international (negro,arabic, etc) semua ada. Jadi perhatianlah kan.
Aksi sempoi anak-anak jantan ni. Bagus-bagus sporting :)
Tapi yang aku stres nya pasal loghat kat sini pekat lah. Aku cuma nak bagitahu "Aku nok ore kelate , nok bua ngan ore kelate" hahaaaa. Semua orang utara kat sini , siyely susah jugak nak communicate bila tak sama bahasa ni -ceh, macam la duk oversea-. Btw, aku cuma nak bagitahu la kat mana korang belajar ingat mak bapak,. Tak ke penat dorang cari duit nak suh korang dapat segulung ijazah. Masuk u cari pengalaman cari ilmu. Boleh nak fikir soal-soal jodoh ni , tapi ingat dulu matlamat utama kita masuk universiti. Sekadar perkongsian , ini pun untuk diriku jugak.
Wallahualam assalamualaikum #unimapmantap
0 comments