Monday, 15 May 2017

UPU : UniMAP?

Yayyyyy... Siapa dapat UniMAP?
 Hari ni result upu dah keluar. Macamana? Aku tahu beribu perasaan akan melanda. Ada yang happy sebab dapat kos yang korang nak. Ada yang stress sebab dapat kos yang tak suka la apa la. Apepun, aku nak korang bersyukur tau sebab tak semua dapat tempat di universiti. Kos apa pun yang korang dapat, belajar lah mencari ilmu elok-elok. Yang tak berjaya , buat rayuan atau apply mana-mana institut yang mampu. Rezeki kita ada dimana-mana cuma cepat dan lambat je.

Ok , dah check result ke? Sapa dapat UniMAP? Heheeee, saya berbangga sebab korang dapat masuk UniMAP! Tahniah ya engineer to be hehe :)

 Cara nak semak. Sila ke link ini : https://online.mohe.gov.my/upu/hebahan/

Gambar dibawah adalah sebagai "penguat semangat" untuk adik-adik yang nak masuk UniMAP! Stay chill ya.



Ni lah kolej kediaman yang aku stay sekarang. Lawa kan? Hihi. Tempat ni diberi nama UNICITI ALAM. UniMAP ni ade 5 ke 6 haha kolej kediaman. Berrrrghh aku pun tak ingat. Bak kata orang kat sini , Perlis ni ade dalam UniMAP. Bukan UniMAP ada kat Perlis haha. Banyak sangat kampus UniMAP kat negeri ni. Aku pun pelajar tahun satu. So, tak berapa nak expert sangat la. Haha

Gambar diciplak dari google. Tahniah sesapa dapat UniMAP. Bermulalah alam universiti ya adik-adik. Take a good care of yourself. Siapa yang ade nak tanya apa-apa regarding to UniMAP, boleh komen kat bawah atau boleh pm tepi ya :)

ig : @auniezlkfli

Assalamualaikum.



2 comments:

Fa Tin said...

abang saya belajar dekat unimap dulu. batch sekali dengan ainan tasneem. best belajar unimap sebab makanan murah2 :)

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

unimap u paling besar ..sebab banyak cawangan

All Rights Reserved by AUNI LIYANA