Tuesday, 9 May 2017

Bangga sebab korang lelaki!

Haa assalamualaikum. Okay, bulan ni birthday adik lelaki aku. Sebenarnya, dia marah aku panggil dia adik hahaha. Dia cakap aku ni tak macam kakak dia? What the fish la!!!!! Dah kakak , kakak lah! Ya, mungkin sebab beza dia ngan aku hanya setahun membuatkan dia buta untuk mengenali diriku ni sebagai seorang kakak yang baik!


Eh apa kaitan? Hahah sebenarnya, aku rasa macam nak describe diri dia ni sebagai seorang lelaki. Tapi dia bukan jenis yang suka hadap laptop pun. Keje dia bola, bola dan bola! Aku cuma nak cerita sikap lelaki yang suka berblogging or erti kata lain minat dalam bidang penulisan. Haaa nampak tak tajuk entry kat atas ni. Dalam dunia berblog ni, aku kagum bila seorang blogger yang bernama lelaki ni memaparkan tulisan mereka di halaman mereka. Bukan apa, aku cuma berbangga lah dengan korang sebab tak semua lelaki suka menulis dan memaparkan pandangan mereka melalui penulisan. Ya even adik beradik lelaki aku yang dah matang dewasa pun keje dorang main bola, bola dan bola. Hrmm. Aku pun jadi minat bola sebab diorang lah #gomoklategomo.

Kenapa aku cakap lelaki yang berminat dengan bidang ni patut dibanggakan?


1) Nampak matang dari segi mayanya. 
Aku ade lah kawan (tak la kawan pun) haha. Dia bernama A. Dari segi pandangan fizikal, aku nampak macam nerd je, macam blur je dia ni. Ahhhh! Tapi bila kawan kepada kawan A tu bagitahu aku yang dia ni adalah seorang blogger part time haha terus aku pegi stalk blog dia. I was like "Yeke nerdy ni ada blog, cam tak caya je". Sejak dari tu, aku baca penulisan dia dan aku kagum dari gaya penulisannya. Menampakkan dirinya seorang yang matang dalam berbicara. 


2) Idea yang dikeluarkan SIMPLE
Aku tak tahu la kalau kejap lagi ade rakan blogger lelaki yang kembang hidung dengan pujia-pujian aku ni. Hhahaha. Poyo gila ayat! Kita sedia tahu kalau dah namanya lelaki, penulisan diorang lebih terbuka dan tidak tersirat. Mereka tak guna ayat bunga-bunga sastera ni. Kalau nak sound , direct je! Prinsip mereka "Benda yang dah senang jangan dirumitkan" Yela , diorang kan ade 9 akal ~proud :) Hahaha. Mostly, aku suka baca novel seram kalau penulisnya lelaki. Kerana apa? Idea yang mereka keluarkan membuatkan aku berfikir lebih simple , tak rumit. Tapi novelis perempuan pun sangat perfect. Yela, mestilah idea masing-masing berbeza kan?

Erm tu jelah kot. Anyway, tahniah kalau korang adalah seorang blogger or novelis or else. Sebab aku memang kagum! Hahahaha. Semoga korang terus menulis untuk tatapan masyarakat diluar sana. Ingat, kalau nak publish sesuatu, hanya yang baik dan sahih! Ingat tu, dosa fitnah lagi besar dari membunuh. Ok bai assalamualaikum.




No comments:

All Rights Reserved by AUNI LIYANA